Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Asyura Peringkat Institusi pada 1 Disember 2012 bersamaan 17 Muharam 1434H. Sambutan Hari Asyura pada tahun ini dimeriahkan dengan pertandingan memasak bubur asyura antara unit. Sebanyak 6 kawah bubur asyura telah dimasak secara gotong royong dan sambutan daripada kakitangan dan PERSIAP PPA Machang amatlah meriah. Y.Brs PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan isteri turut serta bergotong royong dalam acara memasak bubur asyura yang bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang . Johan memasak bubur asyura pada tahun ini telah dimenangi oleh Unit Pembangunan dan Kenderaan yang diketuai oleh TPP Mohd Nazri Bin Mohamad, Naib Johan dimenangi oleh Unit Dapur dan MCR yang diketuai oleh PPP Rosli Bin Daud manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Unit Kawalan Pencegahan dan Inteligen yang diketuai oleh TPP Mohd Zamri Bin Ngah. Sesungguhnya, melalui program seumpama ini telah dapat mengeratkan lagi ukhwah antara kakitangan dan keluarga serta memupuk semangat berkerjasama antara kakitangan.
|