| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang ke Penjara Bentong, Pahang

Pada 1 Disember 2012 ( Sabtu ), Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang , Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Alhaj telah berkenan berangkat ke Kompleks Penjara Bentong, Pahang.


Ketibaan tuanku disambut bersama oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan,  YBhg KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar dan Datin Sri, YS KPj Wan Abd Rahman bin Abdullah, YBhg. KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan dan Datin, TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak dan Isteri serta Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Dif-Dif Jemputan yang lain.


Atur cara majlis dimulakan dengan persembahan taklimat latarbelakang Penjara Bentong kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang oleh TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong di Bilik Taklimat Penjara Bentong. Rombongan Diraja kemudiannya dibawa melawat ke pameran songket dan batik di Dewan At-Tarbiyah Penjara Bentong dan seterusnya melawat Bengkel Tenun Pahang  Penjara Bentong. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah berkenan untuk merasmikan Bengkel Tenun Pahang Penjara Bentong dengan nama Bengkel Tenun Pahang Diraja.


Aturcara Majlis diteruskan dengan santapan tengahari di Dewan Perdana Penjara Bentong. Majlis santapan tengahari diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian oleh penari-penari dan penyanyi dari Jabatan Penjara Malaysia dengan diiringi oleh Kombo Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis yang sama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah dipersembahkan dengan peragaan dari fabrik Tenun Pahang Diraja dan fabrik Batik Kasih.