Ahad,2.12.2012-Pusat Pemulihan Akhlak Muar, johor telah mengadakan Kejohanan Badminton Jemputan Piala Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar Kali ke 7 tahun 2012.Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula 30 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Dewan APACS Muar. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Yg. Berbahagia Dato Hj. Mohd Ismail Bin Hj Mohd Shah (Pegawai Khas Menteri Besar Johor) selaku Perasmi penutupan majlis yang gilang gemilang itu. Antara kategori yang di pertandingkan ialah Bergu Melayu Tertutup, yang dimenangi oleh bergu dari Penjara Sungai Buloh dan Bergu Terbuka Semangat 1 Malaysia dimenangi oleh bergu luar. Antara Objektif utama kejohanan ini dijalankan ialah dapat mengeratkan lagi siratulrahim diantara kakitangan Jabatan Penjara dengan masyarakat umum.
|