Rabu,05 Disember 2012-Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan Taklimat dan simulasi Pencegahan Kebakaran daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Muar. Pihak Institusi telah menjemput penceramah dari pihak Bomba iaitu En Ismail Bin Mahmud Pegawai Bomba Kanan I dan En Razali Bin Ismail Pegawai Bomba Kanan II . Di antara objektif ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan agar peka dengan keselamatan ditempat kerja serta langkah-langkah awal jika berlakunya kebakaran.
|