Pada 6 Disember 2012 Penjara Sungai Udang telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang. Program ini bersempena dengan sambutan Awal Muharram disamping dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk kerjasama erat di kalangan kakitangan Penjara Sungai Udang .Sebanyak tiga jenis bubur asyura telah di masak iaitu Bubur Asyura Utara yang diketuai oleh KIP Yusuf Bin Lebai Hamzah, Bubur Asyura Pantai Timur yang diketuai oleh TPP Azuwan Hafiz Bin Ahmad dan Bubur Asyura Selatan yang diketuai oleh TPP Sulan Bin Bachik. Program ini bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 4:00 petang dan bubur asyura yang telah siap dimasak diagih-agihkan kepada kakitangan dan masyarakat sekitar Penjara Sungai Udang.
|