| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia ke Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah

07 Disember 2012 (Jumaat) - YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah. Menyambut ketibaan rombongan lawatan iaitu PP Jorennedy Sylvester, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan kakitangan. Turut serta dalam rombongan lawatan tersebut iaitu PKK Suria Bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah,  PKP Abdul Halim Bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.


Rombongan lawatan dibawa melawat ke pusat ternakan lembu, tapak pertanian dan blok penempatan penghuni. YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar juga sempat beramah mesra dengan keluarga penghuni yang sedang membuat sesi perjumpaan keluarga.Sesi dialog YBhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama kakitangan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah diadakan sebaik sahaja tamat sesi lawatan bagi menyampaikan mesej dan amanat halatuju jabatan kepada kakitangan.