30hb Januari 2011, jam 1.15 petang, Penjara Seberang Perai menerima kunjungan lawatan sambil belajar seramai 54 orang kakitangan dan pelatih-pelatih Kursus SMPP Siri 02/2010 daripada Maktab Penjara Malaysia. Rombongan diketuai oleh Timbalan Penguasa Nazarman bin Haidzir dan TPP Hairol Hisham bin Mohd Harith telah disambut oleh TPP Jamaludin bin Awang Kechik bersama Ketua Inspektor Penjara Azhar bin Mohamed. Taklimat operasi dan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) telah disampaikan oleh Timbalan Penguasa Jamaludin bin Awang Kechik dan Ketua Inspektor Azhar bin Mohamad dari unit MCR. Program diteruskan dengan lawatan ke MCR serta ke blok penempatan banduan. |