27hb Januari 2011, bertempat Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai telah berlangsung dialog bulanan dan seterusnya Mesyuarat Agung Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan (KRDKK) Kompleks Penjara Seberang Perai bagi tahun 2011 yang dipengerusikan oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai. Mesyuarat agung pertama ini adalah bagi membubarkan AJK Penaja Kelab serta pemilihan AJK KRDKK yang baru melalui undi bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program melibatkan sukan jabatan. dalam dan luar penjara. YDP Kelab dalam ucapannya amat berharap dan memberikan harapan agar pemilihan AJK KRDKK memberikan impak yang positif ke arah mendokong gagasan Memperkasakan Modal Insan, Kebajikan Diutamakan , Organisasi Dimartabatkan. Dalam majlis yang sama turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Bowling Peringkat Kakitangan Penjara Seberang Perai yang berlangsung pada 26hb Januari 2011. Pertandingan dianjurkan oleh Kelab Bowling Penjara Seberang Perai bagi tujuan pemilihan ke Pertandingan Bowling Jabatan Penjara Malaysia. Pertandingan menyaksikan seramai 74 peserta termasuklah PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara S.Perai, PP. Rosoman Pengarah Parol Negeri Pulau Pinang serta kakitangan Parol Pulau Pinang turut mengambil bahagian. |