Pada 26 hingga 29 Januari 2011, pihak Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Progam Hari Bertemu Pelanggan dan KDN Bersama Rakyat. Program ini telah diadakan di Dataran Labis Segamat Johor. Selain pihak KDN sendiri, Agensi dan Jabatan Kerajaan dibawah KDN telah bergabung tenaga bagi menjayakan program ini. Sepanjang 4 hari program ini berlangsung, para pengunjung dan penduduk setempat telah mengambil kesempatan untuk berurusan secara terus dengan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, iannya tidak menjadi halangan kepada kakitangan yang terlibat untuk memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Penjara Kluang dengan kerjasama Penjara Kajang telah berganding bahu dengan menyediakan booth pameran bagi menyampaikan maklumat terkini jabatan kepada para pengunjung. Tidak ketinggalan Unit Vokasional & Industri Penjara Kluang telah turut serta didalam program ini dengan megadakan Jualan Infokraf kepada para pengunjung dengan mendapat hasil jualan yang cukup menggalakkan. Para pengunjung melahirkan rasa kagum dengan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh para penghuni.
Booth pameran Jabatan Penjara Malaysia juga telah menerima kunjungan daripada YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Wira Abu Seman Yusuf dan YB Dato’ Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia & Sukan dan juga Ahli EXCO Kerajaan termasuklah YB Md Jais Sarday dan Datuk Aziz Sapian. YB Datuk Ahmad Maslan dan YB Datuk Razali Ibrahim amat tertarik sekali dengan hasil kraftangan penghuni dan telah membeli kraftangan sebagai tanda kenang kenangan. |