29 JANUARI 2011; Telah berlangsung sesi program lawatan kerja oleh Y.Bhg Dato' Sri Mahmood Bin Adam (KSU) ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping. Lawatan ini turut dihadiri oleh Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg Dato Abdul Rahim bin Mohd Rodzi, (TKSU) dan TKPj Hj. Darussalam Bin Hj Budin, Pengarah Pemulihan,IPPM, PKK Tan Tien Heng, Pengarah Penjara Taiping, Pegawai-pegawai Kanan IPPM, pegawai-pegawai kanan Cawangan Khas PDRM dan KDN, serta pihak media. Majlis dimulakan dengan Y.Bhg Dato’Sri KSU menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku. Antara agenda lawatan tersebut ialah lawatan ke Blok Penempatan Tahanan yang telah siap dibina dan mula menempatkan tahanan ISA. |