08 Februari 2011 – Pada 08 Februari 2011 jam 9.30 pagi, Institusi ini telah menerima lawatan dari YB Senator Dato' Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Rombongan dari Kementerian Sumber Manusia seramai 30 orang kakitangan turut disertai oleh Yg. Bhg Dato' Sh Yahya bin Sh Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Lawatan YB Senator Dato' Maznah binti Mazlan disambut oleh Yg. Bhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli b. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YS KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood,Timbalan Ketua Pengarah Penjara ( Operasi ), PKP Zainah binti Hj. Pardi, Pengarah Penjara Wanita Kajang dan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Majlis telah dimulakan dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh PKP Zainah binti Haji Pardi dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Majlis diteruskan dengan sesi lawatan YB Senator dan rombangan ke Klinik Penjara, Blok Fasa II Program Pemulihan dan Blok Vokasional dan Industri. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangai Dokumen Kerjasama Dan Penyataan Hasrat diantara Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Dokumen Kerjasama dan Penyataan Hasrat ini antara Jabatan ini akan berkerjasama dalam menyediakan program dan peluang pekerjaan kepada banduan dengan disaksikan oleh YB Senator Dato' Maznah binti Mazlan. Selepas menandatangani dokumen tersebut, majlis diteruskan dengan sesi sidang akhbar dan di akhiri dengan sesi fotografi serta jamuan makan tengahari. |