| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Pegawai Dan Staf Perubatan Hospital Permai, Johor Ke Penjara Kluang, Johor

Pada hari Rabu 23 Febuari 2011, Penjara Kluang telah menerima lawatan daripada pegawai serta staf perubatan Hospital Permai, Johor. Kumpulan rombongan seramai 27 orang telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Psikiatri ( Pakar Perunding Forensik Psikiatri ) Hospital Permai, Johor iaitu Dr. Badi`ah Binti Yahya. Kumpulan rombongan tersebut telah tiba pada jam 1000hrs dengan disambut oleh Pengarah Penjara Kluang iaitu PKK Roslan Bin Haji Mohamed. Aturcara program lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat dan soal jawab yang disampaikan oleh KIP Masri Bin Matani dengan dibantu oleh Doktor Panel Institusi iaitu Dr. Aidel Bin Atan. Selepas itu, anggota rombongan berkenaan dibawa masuk ke dalam penjara untuk melihat operasi seharian Hospital Dalam Penjara, Klinik Penjara Wanita dan lawatan terakhir di bilik pameran Unit Vokasional Dan Industri Penjara Kluang. Jamuan tengahari bersama pengarah penjara serta pemberian cenderahati menjadi agenda terakhir lawatan sambil belajar tersebut.