Bentong , 24 Februari 2011, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Zon Timur bagi tahun 2010 telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Bentong, Pahang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau menyeru kepada semua wargakerja Jabatan Penjara supaya mempergiatkan dan melipatgandakan usaha bagi memartabatkan imej jabatan di mata masyarakat.
Dalam majlis tersebut beliau telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada seramai 180 orang pegawai dan kakitangan yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka di sepanjang tahun 2010.
Terdahulu pada sebelah pagi, telah dijalankan sesi Ceramah Motivasi oleh penceramah jemputan dan diikuti dengan sesi Dialog Bersama Y. Bhg. Komisioner Penjara Dato’ Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Komisioner Penjara Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Sakimon , Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia , Pengarah-Pengarah Institusi Penjara dan Parol Zon Timur serta Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. |