Pada 18 sehingga 20 Febuari 2011 Penjara Pusat Sibu telah telibat dengan program Hari Bertemu Pelanggan tersebut di Mukah bersama beberapa agensi jabatan kerajaan yang lain dibawah Kementerian Dalam Negeri seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imegresen , Jabatan Pendaftaran , Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ,Pencetakan National Berhad (PNB),Jabatan Pertahanan Awam ,RELA, RTM, KEMAS serta Jabatan Penerangan . Seramai 22 anggota telah terlibat bagi menjayakan program tersebut yang di Ketuai Oleh. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah wakil Pengarah Penjara Negeri Sarawak Penolong Komisioner Penjara Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim serta isteri. Program yang berlangsung di Perkarangan tempat letak kereta Pasar lama Mukah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pameran booth, program Outreach(Jelajah Kampung), Senam Aerobik dan program sukaneka bersama rakyat. Program tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung. Program hari Bertemu Pelanggan kali ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg Datin Hajah Fatimah Bin Abdullah. |