Pada 27 Februari 2011 bersamaan 24 Rabiul Awal 1432 H, Penjara Alor Setar telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul ‘ 1 Malaysia 1 Ummah ’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Azizi bin Abdullah, Guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Alor Setar. Majlis ini telah diadakan di Surau Kakitangan Penjara Alor Setar. Di samping itu, Institusi ini turut mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan kakitangan yang bertukar dan bersara. Turut hadir ialah Pengarah Penjara Alor Setar, PKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat, wakil-wakil Institusi Penjara dan Parol Negeri Kedah serta pesara-pesara. |