| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Kompleks Penjara Seberang Perai 1432H / 2011M

Pada tarikh 2 Mac 2011, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni telah disempurnakan oleh PKK. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai. Majlis yang disertai lebih kurang 600 orang penghuni dimulakan dengan perarakan penghuni  mengelilingi blok penempatan dan kembali semula ke padang dan memasuki dewan sukan penghuni untuk atucara seterusnya. Antara program pada pagi tersebut ialah Ucapan oleh Pengarah Penjara Seberang Perai  dan Persembahan khas bercerita tentang Rasullulah oleh penghuni . Majlis diakhiri dengan ceramah Agama yang  disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Drs. Hj. Tengku Mudawali bin Hj. Tengku Ariffin. Turut serta dalam majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan Penjara Seberang Perai. Antara objektif majlis tersebut memberi peluang kepada penghuni merasai Sambutan Maulidurasul di dalam penjara dan memberi keinsafan serta mencontohi akhlak dan keimanan Rusullulah S.A.W. untuk menjadi Ummah manusia berguna dan beriman.