| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan International Committee Of The Red Cross

Seramai 5 orang pegawai dari International Committee Of The Red Cross telah membuat lawatan rasmi ke Institusi Penjara Taiping pada 28 Februari 2011 hingga 2 Mac 2011 yang lepas. Delegasi ini diiringi oleh 2 Pegawai dari IPPM iaitu TPP Vijayan a/l Krishnan dan KIP Philip anak Pangkat. Peserta rombongan telah disambut oleh PKK Tan Tian Heng Pengarah Penjara Taiping, PP Yew Gim Hong, Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Taiping.

 

Para peserta rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh PKK Tan Tian Heng.Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau dan memastikan pematuhan norma dan standard piawaian antarabangsa terhadap keadaan dan layanan di pusat-pusat tahanan di Malaysia. Secara keseluruhannya Lawatan dari International Committee Of The Red Cross telah berjalan dengan lancar dan serba sedikit  memberi pengetahuan  terutamanya dari segi sejarah penubuhan Penjara Taiping hingga  pembaharuan yang dialami dari aspek peraturan , pengurusan dan pembangunan insan.