6 Mac, Kajang: Kelab Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menganjurkan perlawanan persahabatan badminton dengan Kelab Golden Melati. Kelab Ibu Pejabat Penjara Malaysia diketuai oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia manakala Kelab Golden Melati diwakili oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di ketuai oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Md. Alias Bin Hj. Kalil mantan Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Turut hadir menyertai perlawanan persahabatan tersebut adalah Y.Bhg . Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan, KDN. Para pemain diraikan dengan sarapan pagi sebelum perlawanan bermula serta jamuan makan tengahari sebaik para pemain selesai beraksi menunjukkan kebolehan dan kekuatan masing-masing . Majlis bertukar-tukar cenderahati serta sesi bergambar antara pemain mengakhiri acara tersebut. |