| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia

7 Mac, Bukit Wira: Majlis serah terima tugas pengarah-pengarah bahagian IPPM telah diadakan selepas penstrukturan semula IPPM yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Majlis dimulakan dengan serah terima tugas Pengarah Vokasional dan Industri serta Pengarah Pemulihan dan Rawatan kepada KPj. Haji Abdul Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Pengurusan Banduan yang baru mengisi kekosongan perjawatan tersebut. Seterusnya majlis serah terima tugas Bahagian Kepenjaraan kepada KPj. Jamaludin bin Saad, Pengarah Dasar Kepenjaraan yang mengisi kekosongan perjawatan di bahagian tersebut. Turut menyaksikan majlis tandatangan tersebut adalah Y.Bhg. TKJP Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan dan Koreksional. Hadir bersama dalam majlis tersebut pengarah-pengarah bahagian IPPM serta wakil.