Pada 4 Mac 2011 [ Jumaat ],jam 9.00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Pendidikan Juvana dan Banduan Muda Bil.1/2011 di Bilik Persidangan IPPM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dr.Hj.Zahri bin Azizi, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia [ Operasi ] ini telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Selangor,Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala bagi Jabatan Penjara Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Wakil Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai-pegawai Seksyen Pendidikan IPPM. Mesyuarat ini telah membincangkan hal-hal berkaitan pelaksanaan dan pemantapan program pendidikan di SI dan SHG.
Sebelum berlangsungnya mesyuarat tersebut, Y.Bhg.Dr.Hj.Zahri bin Aziz ,yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Y.Bhg.Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Dalam Pertemuan tersebut, Y.Bhg.Dr.Zahri bin Azizi telah menyerahkan sijil-sijil pendaftaran Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney kepada Y.Bhg.Datuk Wira.
Selepas mesyuarat tamat, ahli-ahli jawatankuasa telah dibawa melawat ke Sekolah Integriti Kajang,pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tgh, untuk melihat pelaksanaan dan perkembangan program pendidikan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Dewan Kelab Penjara Kajang. |