| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia

Pada 5 Mac 2011 bersamaan 30 Rabiul Awal 1432 H, Jabatan Penjara Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dipilih sebagai tuan rumah. Sambutan Majlis Maulidur Rasul bagi tahun ini bertemakan ''1 Malaysia 1 Ummah''. Majlis ini telah dirasmikan oleh TKPj Hj. Darussalam b Hj. Budin Pengarah Pemulihan Dan Rawatan Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan perarakan seramai 250 orang penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.

 

Turut hadir ialah Komandan Maktab Jabatan Penjara Malaysia PKP Ku Nawawi b Ku Abdul Hamid dan Pengarah Parol Negeri Sembilan, PP Ahmad Zaini b Abu Hassan. Kemuncak sambutan tersebut ialah Forum bertajuk ''Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Model Ummah'' .Ahli-ahli penel forum tersebut terdiri daripada Ustaz Ansarrullah b Hashim dari Unit Pemulihan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Ustaz Habibullah b Mohd Ali dari Pejabat Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Manakala penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bertindak sebagai moderator dalam majlis tersebut.