Melaka - 10 Mac. Persidangan Kompetensi Jabatan Penjara Malaysia julung kali diadakan bagi membincangkan kaedah baru penilaian kompetensi anggota. Persidangan ini dihadiri oleh 102 anggota daripada multirank terdiri daripada:
Sesi taklimat dan dialog bersama En. Abdul Razak bin Anwar, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kompetensi, Jabatan Perkhidmatan Awam turut diadakan . Semasa sesi tersebut para peserta persidangan diberi penjelasan berkaitan kaedah-kaedah yang efisien dalam menilai kompetensi anggota serta perkembangan terkini isu-isu semasa berkaitan kompetensi penjawat awam. Dalam sesi pembentangan para peserta melontarkan pelbagai idea bagi memperlengkapkan kaedah penilaian yang akan diperkenalkan oleh pihak jabatan.
Majlis perasmian penutupan persidangan tersebut dihadiri oleh KPj. Tuan Haji Abd. Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Pengurusan Banduan, mewakili YS. KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut adalah PP. Mohd. Rothman bin Bujang, Komandan Institut Koreksional Malaysia. Tahniah dan syabas kepada semua peserta. |