| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 1 Tahun 2011 Hotel Everly Resort, Tanjung Kling Melaka

Mesyuarat Ketua-ketua Institusi (MKKI) Bil 1 Tahun 2011 telah diadakan pada 13 Mac 2011 sehingga 16 Mac 2011 bertempat di Hotel Everly Resort, Tanjung Kling, Melaka. Mesyuarat yang berprestij ini telah dihadiri oleh 75 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Institusi dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 4 hari ini menjadikan ‘Pemimpin Cemerlang, Organisasi Gemilang’ sebagai tema mesyuarat pada kali ini. Berikut merupakan objektif MKKI Bil 1 Tahun 2011:

 

Memberi pendedahan kepada Ketua-ketua Institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh Jabatan selari dengan perkembangan semasa

 

Menegaskan semula peranan ketua institusi sebagai pemimpin secara khususnya dan sebagai penjawat awam secara amnya di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya

 

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi

 

Meningkatkan jaringan kerjasama antara Ketua-ketua Institusi

 

Perjalanan majlis pada hari pertama MKKI dimuatkan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Kali Ke-22 dengan dihadiri oleh 250 orang yang terdiri daripada ahli MKKI dan ahli PERSIAP daripada seluruh institusi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Manakala, majlis perasmian MKKI telah berlangsung pada 15 Mac 2011 dengan kehadiran YBhg Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sudi hadir merasmikan majlis tersebut. Pada majlis tersebut turut dimuatkan dengan acara pemakaian pangkat kepada 17 orang pegawai-pegawai kanan Jabatan dan acara penyampaian pingat kepada 25 orang Ketua-ketua Institusi. Antara pingat yang telah disampaikan adalah Pingat Setia Penjara, Pingat Cemerlang Penjara, Pingat Pekerti Penjara dan Pingat Bakti Penjara. Selain itu, terdapat dua taklimat disampaikan di dalam MKKI ini iaitu Taklimat Pelaksanaan Star Rating di Agensi Sektor Awam oleh Encik Bazarul Mazni bin Baharudin (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, MAMPU) dan Taklimat Kepentingan EQ dalam Kemajuan Kerjaya yang disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya (Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA). MKKI Bil 1 Tahun 2011 diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan seterusnya dapat membawa Jabatan ini menjadi sebuah institusi koreksional bertaraf dunia.