Pada 10 Mac yang lalu, Y. Bhg Datuk Wira Komisioner Jeneral Penjara telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Limbang yang turut disertai oleh Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, En Ahmat bin Mat Zin, PKK Nordin bin Hj Mohamad, PKK Supri bin Hashim, PKP Abd Kadir bin Rais dan PP Kamaruddin bin Jantan. Turut serta mengikuti rombongan tersebut ialah Pengarah Penjara Negeri Sarawak iaitu TKPj Mohd Zawawi bin Ab. Rahim. Di antara tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau persiapan Majlis Perasmian Penjara Limbang yang akan diadakan pada 29 Mac 2011. Di samping itu,Y. Bhg Datuk Wira Komisioner Jeneral Penjara turut mengadakan sesi dialog dan bertemu bersama kakitangan Penjara Limbang yang juga dihadiri oleh Pengarah Penjara Limbang PKP Charin Promwichit serta pegawai-pegawai kanan institusi. |