Pada 19 Mac 2011, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Kursus Protokol dan Etiket Sosial, Imej dan Keterampilan Diri yang telah di hadiri seramai 60 orang Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP dan Pengerusi Cawangan PERSIAP seluruh Institusi Penjara Malaysia. Yang Di Pertua Persiap iaitu Yang Berbahagia Datin Wira Hajah Noraini Bin Hj. Man juga turut bersama menghadiri kursus tersebut. Penceramah kursus iaitu Puan Rahimah Bte Yeop dari INTAN, Bukit Kiara. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Wira Hajah Noraini Bin Hj, Man, Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia. |