| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2010 Peringkat Negeri Sabah

Tawau-8 Mac 2011, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2010 telah diadakan di Hotel Promenade, Tawau.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Beliau menyeru kepada semua kakitangan agar sentiasa bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan yang bersatu-padu di dalam mengejar kecemerlangan untuk mencapai hasrat Jabatan iaitu menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia.

Dalam majlis tersebut Y.Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Zulkifli bin Hj. Omar telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 90 orang pegawai dan kakitangan yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan mereka di sepanjang tahun 2010.

Pada sebelah petang pula telah diadakan sesi Dialog bersama Y.Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Zulkifli bin Hj. Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh PKK Mohd Sobri Bin Yaacob,Pengarah Penjara Sabah, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Sabah dan Pengarah Parol Negeri Sabah.