26 Mac 2011 ( Sabtu ) Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Kedatangan Y.Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri telah di sambut oleh PKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dan Pegawai Kanan Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan di Perkarangan Wisma Setia. Sebaik selesai mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh beliau., Y. Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi serta semua ahli mesyuarat telah dibawa melawat di sekitar blok penempatan penghuni dan bengkel-bengkel.
Di akhir lawatan sebelum bersurai Y.Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi dan rombongan telah menikmati jamuan tengahari bersama dengan Pegawai Kanan dan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan di Wisma Setia. Y.Bhg. Dato' mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan semua kakitangan sempena lawatan tersebut.
Setelah selesai menikmati hidangan Y. Bhg. Dato' dan semua ahli mesyuarat yang hadir menerima cenderahati datipada institusi dan kemudian sesi bergambar bersama dengan Yg. Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi di Perkarangan Wisma Setia. |