23 dan 24hb Mac 2011, Penjara Seberang Perai. Penjara Seberang Perai telah mengadakan dua siri latihan menembak yang melibatkan seramai 142 orang anggota di Lapang Sasar Pasukan Gerak Am, Kulim Kedah. PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai tidak ketinggalan turut serta di dalam sesi tersebut. Antara lain objektif latihan tersebut adalah untuk mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan pengendalian dan prosedur penggunaan senjatapi sewaktu menjalankan tugas-tugas seharian. |