Pada 29 Mac 2011, jam 3.30 petang , Galeri Produk Penjara di Alor Setar telah menerima kunjungan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. YTM Tunku Puteri telah meluangkan masa selama lebih kurang 45 minit melihat produk-produk yang dipamerkan di Galeri tersebut. Ketibaan YTM Tunku Puteri disambut oleh PKK Hj. Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah Penjara Pokok Sena dan PKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Alor Setar serta beberapa orang pegawai penjara. YTM Tunku Puteri telah membuat tempahan beberapa produk rotan yang dipamerkan di Galeri tersebut. Jabatan Penjara amat ber bangga dengan kunjungan YTM Tunku Puteri , ini menunjukkan keprihatinan YTM Tunku Puteri kepada usaha-usaha Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan program Pemulihan yang berkesan kepada penghuni penjara. |