| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pemanduan Berhemah Dan Tatacara Pengiringan

Pada 29 Mac 2011 sehingga 01 April 2011, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Kursus Pemanduan Berhemah dan Tatacara Pengiringan yang telah di hadiri seramai 45 orang Pegawai Penjara dari Gred KX 17-Gred KX 20 seluruh Institusi Penjara Malaysia. Kursus ini di adakan bertujuan menyediakan kakitangan yang terlatih dan meningkatkan tahap kecekapan dalam tugas berkaitan pemanduan dan pengiringan berkenderaan. Seramai 10 orang jurulatih Jabatan Penjara Malaysia telah hadir untuk memberi tunjuk ajar berkaitan pemanduan dan membuat penilaian kepada peserta kursus.Antara kandungan kursus yang telah dilaksanakan ialah Kod Etika Pemanduan, Pemanduan Berhemah, Etika Diri dan Penampilan, Pemanduan Secara 'Offensive & Defensive', Tatacara Pengiringan dan Ujian Jalanraya. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh KIP Burhanudin Bin Ismail, Timbalan Komandan IKoM.