| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Untuk Kakitangan Institusi Penjara Negeri Kedah

Pada 03 April 2011 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir untuk kakitangan Institusi Penjara Negeri Kedah.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar. Seramai 128 orang penerima sumbangan terdiri  daripada 84 orang kakitangan dari Penjara Alor  Setar, 15 orang kakitangan dari Penjara Pokok Sena dan 29 orang pesara. Bantuan  tersebut disumbangkan oleh Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara(KWHPP).

 

Turut hadir ialah Y. Bhg Datin Wira Hjh. Noraini bt. Hj. Man, Ketua-ketua Institusi dan Parol Zon Utara, Urusetia Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara (KWHPP) PP Asaad b. Hj. Hamzah, Pengerusi Persatuan Bekas Pegawai Penjara Majlis Cawangan Negeri Kedah/ Perlis Tuan Hj. Mohd Nor b. Din serta pegawai-pegawai kanan.