Pada 05 hingga 06 April 2011 Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pokok Sena dengan kerjasama Jabatan Belia Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan kursus kedi Golf Kepada Penghuni Penjara Pokok Sena, Kedah . Kursus yang di jalankan selama dua hari ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada penghuni serta memberi peluang pekerjaan kepada penghuni apabila di bebas kelak .
Kursus ini telah di sempurnakan oleh Yang Setia Penolong Kanan Komisioner , Tuan Hj Ahmad Faudzi Bin Hj Awang , Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah . Seramai 38 Orang Penghuni telah terpilih untuk mengikuti kursus ini . |