Pada 31 Mac 2010, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan daripada Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama Y.Bhg Datin Wira Hjh. Noraini Binti Hj. Man yang diiringi oleh TPP Kamarudin bin Jantan. Lawatan tersebut telah disambut oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad Pengarah Penjara Seberang Perai bersama Puan Nashimah Binti Mohamed Salleh, Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai berserta Pegawai-pegawai kanan Penjara Seberang Perai. Antara objektif utama lawatan tersebut ialah melihat perkembangan semasa pengurusan banduan dan keadaan Penjara Seberang Perai. |