1 April 2011 - Maktab Penjara Malaysia Kajang, Selangor, seramai 54 pegawai berpangkat Inspektor Penjara yang terdiri daripada (53) lelaki dan (1) wanita telah berjaya menamatkan latihan tersebut. Kursus ini telah berlansung selama enam belas minggu (16) bermula pada 29 Nov hingga 1 April 2011. Para pegawai ini telah didedahkan dengan pelbagai ilmu kepenjaraan yang relevan dengan bidang tugas bagi melahirkan pegawai penjara yang memiliki tahap profesionalisme yang sewajarnya semasa menjalankan tugas. Pada majlis ini YBhg Datuk Hj Md Nor Bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri telah hadir untuk menyempurnakan majlis. |