Pada tarikh 07 April 2011 jam 8.00 malam bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Parol Seberang Perai Selatan telah diadakan taklimat mengenai pelaksanaan Rumah Perantaraan kepada penduduk Taman Jawi Jaya . Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Parol Negeri Pulau Pinang PP Tuan Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din serta mendapat sokongan padu daripada Pengarah Penjara Seberang Perai PKK Tuan Ab.Basir bin Mohamad yang turut hadir bersama di dalam program tersebut.
Seramai 61 orang dari pelbagai kaum dan kerjaya telah hadir bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pendapat di dalam menjayakan program berkenaan. Antara yang hadir terdiri daripada penduduk di Taman Jawi Jaya, Wakil MCA cawangan Nibong Tebal, Ketua- ketua Kampong dalam kawasan Nibong Tebal dan Sungai Jawi, ahli-ahli JKKP Daerah Seberang Perai Selatan serta wakil-wakil media yang di ketuai oleh Pn.Tan Cheng Liang yang memegang jawatan Ketua Wanita MCA Negeri Pulau Pinang,Ketua MCA bahagian Sungai Jawi serta Penyelaras Kemajuan Kawasan Nibong Tebal dan Sungai Jawi. Selesai taklimat sesi dibuka kepada para hadirin untuk bertanyakan beberapa soalan dan permasalahan mengenai Rumah Perantaraan. . Pada dasarnya kesemua mereka bersetuju dengan program pemulihan dan bimbingan dari Jabatan Penjara khasnya dari Bahagian Parol kepada banduan dan bekas banduan namun ada segelintir penduduk mahukan Rumah Perantaraan tersebut dipindahkan ke kawasan lain atas faktor tidak mahu kawasan mereka di huni oleh bekas banduan. Kesemua persoalan telah di jawab oleh Pengarah Parol serta di bantu oleh Pengarah Penjara Seberang Perai. Majlis berakhir pada jam 10.50 malam. |