Pada 25 April 2011 sehingga 27 April 2011, bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Tawau telah diadakan Kursus T.O.T dan Pengiringan Orang Kenamaan (VVIP) yang telah di hadiri seramai 17 orang Pegawai. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan Penjara Tawau dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat Penjara Sabah. Tujuan utama latihan dan Kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kakitangan bentuk-bentuk formasi pengiringan yang selamat dan teratur. Selain daripada itu kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan mengawal dan menjaga keselamatan Orang-Orang Kenamaan, Pembesar-Pembesar Negeri Tempatan terutama Pengarah-Pengarah Penjara Malaysia semasa lawatan ataupun di dalam Penjara sendiri. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh PKP Sazali Bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau. |