| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Penjara Tawau

Tawau - 28 April 2011, Penjara Tawau telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat bertempat di Dewan Wawasan, Tawau. Seramai 70 orang peserta termasuk ahli-ahli PERSIAP turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Penjara Tawau. Tirai Program telah dimulai jam 7.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang mana telah dipimpin oleh Kumpulan Senamrobik Penjara Tawau. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh PKP Sazali Bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau. Program kemudian diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan termasuk berat badan dan ketinggian (BMI), tekanan darah dan kolestrol dalam darah. Tujuan Program Hidup Gaya Sihat diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga penjara kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan secara konsisten agar semua pegawai berada di tahap kesihatan yang tinggi.