Pada 20 April 2011 jam 10.00 pagi, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah menerima satu lawatan kerja daripada Kelab Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JPA sempena program Masih Ada Yang Sayang. Kelab ini adalah terdiri daripada pegawai awam yang telah ditauliahkan sebagai ahli AKRAB JPA dan telah diberi kursus asas kaunseling. Program yang diadakan di negeri Kedah bermula pada 19 hingga 22 April 2011 ini telah memilih Akademi Koreksional Malaysia sebagai salah satu lokasi lawatan selain daripada melawat warga emas di Padang Mat Sirat dan Jabatan Kastam Langkawi serta beberapa lokasi lain di sekitar Negeri Kedah. Dalam lawatan ini, rombongan yang terdiri daripada seramai 40 orang ahli telah diberi taklimat tentang tentang Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia oleh PP Adinaraina a/l Subramaniam. |