Pada 5 Mei 2011 jam 10.30 pagi, bertempat di Bilik Taklimat Penjara Taiping, Bahagian Pemulihan dan Rawatan institusi ini telah menganjurkan program Memantapkan Aktiviti Pemulihan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini juga bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan serta diharap mempereratkan lagi kesepakatan pihak NGO dengan Penjara Taiping.Wakil-wakil NGO tersebut adalah dari Majlis Agama Islam Negeri Perak, Persatuan Malaysian Care, Persatuan Agama Buddha Taiping, Persatuan Hindu Darma Malaysia dan Persatuan Yoga Malaysia Selain itu perbincangan ini diharap dapat membuahkan idea-idea baru dalam usaha melaksanakan program pemulihan secara bersepadu melalui pendidikan, pencegahan dan pemulihan dilihat sebagai kaedah jangka panjang dalam usaha memulihkan banduan agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. |