| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja KJP Y. Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Pusat Koreksional Dungun Dan Majlis Perasmian Penutupan Sukan Dalam Dewan 2011

Marang 30 April 2011, Satu lawatan kerja oleh KJP Y. Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia ke Pusat Koreksional Dungun yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan KPj Wan Abd Rahman bin Abdullah dan Pengarah Penjara Marang. Dalam lawatan tersebut Y. Bhg Datuk Wira telah membuat lawatan ke dalam penjara dan diberi taklimat oleh pihak kontraktor dan JKR Terengganu. Y. Bhg Datuk Wira berpuas hati terhadap perkembangan projek penjara tersebut yang dijangka siap pada julai 2011. Pada sebelah malam pula Y. Bhg Datuk Wira telah merasmikan Majlis Penutupan Sukan Dalam Dewan Jabatan Penjara Malaysia 2011 yang diadakan di Hotel Tanjung Vista. Majlis Penutupan sukan tersebut diiringi oleh makan malam dan juga persembahan kebudayaan. Y. Bhg Datuk Wira telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Dart, Karom dan Catur. Pemenang keseluruhan kejohanan tersebut adalah Penjara Kajang, Selangor.