Kluang, Satu siri Latihan Penyegaran Kawad Pengempur Ringan/Light Strike Force (LSF) untuk anggota-anggota Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP) Penjara Kluang, Johor telah diadakan di Padang Kawad Penjara Kluang selama (4) hari bermula dari 03 Mei hingga 06 Mei 2011 dengan kerjasama Pusat Latihan Pegawai Penjara Johor (PULAPEN Johor). Antara objektif latihan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam mengendalikan pasukan Light Strike Force dengan betul dan cekap. Diakhir latihan, anggota akan menerima pengetahuan berkaitan pengendalian dan berkemahiran serta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari seiring dengan tugasan hakiki sebagai seorang Pegawai Penjara di dalam Unit Kawalan Dan Pencegahan. |