| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

09 Mei 2011 Isnin, Bahagian Pemulihan Tahanan PPA Muar, Johor telah mengadakan satu program Jalinan Kasih kepada tahanan bersempena dengan Hari Ibu. Program tersebut telah diadakan di ruang legar Kantin PPA Muar. Seramai 04 orang penghuni telah terpilih iaitu orang tahanan ADB (LLPK 1985). Penghuni-penghuni yang terlibat pada hari tersebut telah dikunjungi oleh kaum keluarga yang terdiri daripada ibubapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik.

Dengan moto KASIH yang membawa maksud K : Knowledgwe (Pengetahuan) A : Attitude (Sikap) S : Skill (Kemahiran) I : Intelligence (Kecerdasan) H : Humanity (Kemanusiaan) peluang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penghuni dan ahli keluarga masing-masing dalam proses pemulihan yang berkesan. Diakhir sesi, semua pnghuni yang terlibat telah menyampaikan cenderamata hasil kerja tangan mereka kepada wakil keluarga masing-masing.