Pada 6 hingga 8 Mei 2011, Penjara Pra Bebas Dusun Dato Murad telah diberi tanggungjawab oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia bagi Tahun 2011 yang telah diadakan di Gelanggang Tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka. Kejohanan kali ini telah disertai oleh sebanyak 10 pasukan. Penjara Simpang Renggam mengungguli bagi acara berpasukan manakala bagi acara terbuka perseorangan pula telah dimenangi oleh Norhazidi Nordin dari Penjara Pulau Pinang. Dalam acara bergu terbuka pula telah dimenangi oleh pasangan daripada Pasukan Selangor A yang diwakili oleh Ahmad Shahrul Nasir dan Azizan Ali. Kategori bergu terbuka veteran dimenangi oleh Nordin Abdullah dan Johari Isnin dari Pasukan Melaka.Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
|