| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan 2011

10 Mei 2011, Kumpulan Walid dari Institusi Penjara Pra-Bebas Dusun Dato Murad Melaka telah diisytiharkan sebagai  Johan Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan Tahun 2011 yang telah diadakan pada 10-11 Mei 201 di Hotel Abadi Melaka. Tajuk Projek yang dibentangkan kali ini  ialah Kos Perbelanjaan Makanan Ternakan Kambing Di Ladang Agro Dusun Dato Murad Meningkat. Manakala Naib Johan disandang oleh Kumpulan Citra dari Penjara Simpang Renggan Johor dengan tajuk projek Kelewatan Memproses Khidmat Peguambela Penghuni Untuk Reprentasi dan tempat ketiga Institut Pemulihan Dadah Jelebu dengan tajuk projek  Kos Pembelian Baja Tanaman Sayuran Meningkat. Pasukan tuan rumah dari Sekolah Henry Gurney Melaka iaitu kumpulan Inspira hanya sekadar menduduki tempat keempat.



Sebanyak 10 institusi Zon Selatan yang mengambil bahagian kali ini. Barisan Juri pada kali ini adalah terdiri daripada :



1. En Hamzah bin Abdullah    -  Ketua Penolong Pengarah MAMPU – Ketua Juri
2. DR Jamal bin Ali Johari   -  Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
3. En Basharuddin bin Abdullah  -  Penolong Pengarah Kastam Selangor



Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen KIK kali ini diserikan dengan kehadiran KPj Jamaluddin bin Saad Pengarah Bahagian Dasar & Kepenjaraan yang turut mengucapkan syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan menyempurnakan majlis penyampain hadiah kepada kumpulan yang berjaya.