10 Mei 2011, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN YM Dato Raja Azahar bin Raja Abdul Manap telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Henry Gurney Melaka. Turut mengiringi ialah KPjWan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan KPj Hj Abd Wahab bin Haji Kassim Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Beliau disambut dengan Kawalan Tabik Hormat dan sesi taklimat oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney PKP Md Din bin Mamat. |