| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Peringkat Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan

15 Mei 2011, bertempat di hadapan Pejabat Rekod, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan satu Program Jalinan Kasih kepada penghuni sempena Sambutan Hari Ibu. Seramai 11 Orang penghuni terdiri daripada 7 orang penghuni berbangsa Melayu, 2 orang penghuni berbangsa Cina dan 2 orang penghuni berbangsa India telah dipilih bagi menyertai program ini. Di antara pengisian majlis pada hari tersebut ialah acara memotong kek sempena Hari Ibu, penyampaian cenderahati daripada penghuni kepada ibu masing-masing sebagai simbolik tanda kenangan dan  terima kasih penghuni kepada ibu yang tercinta.