14 Mei 2011, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bertempat di kawasan kolam ikan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan telah diadakan Program 1 Institusi 1 Keluarga dan Kempen Dasar Teknologi Hijau yang telah dihadiri oleh anggota dan keluarga kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Penjara Jelebu dan seterusnya merasmikan Program 1 Institusi 1 Keluarga serta Kempen Dasar Teknologi Hijau dengan acara menanam anak benih pokok gaharu dan pokok kelapa sawit. Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan acara kemuncak iaitu Program Makan 1 Keluarga Bersama Pengarah yang melibatkan aktiviti menjala dan memukat ikan. Lebih menarik lagi hasil tangkapan tersebut turut dimasak secara gotong royong sambil menjamu selera bersama seluruh warga Penjara Jelebu. Selain menyahut seruan kerajaan iaitu memperkasakan Dasar Bumi Hijau, program seumpama ini memberi impak yang positif dalam mengeratkan semangat kerja berpasukan dan ukhwah sesama warga kerja Penjara Jelebu.
|