Penjara Tapah telah dipilih sebagai pengelola bagi menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Tengah Tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Budiman dan Dewan Dato Yassin Penjara Tapah pada 9 hingga 11 Mei 2011. Seramai 6 pasukan telah menyertai konvensyen tersebut yang terdiri daripada Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Maktab Penjara Malaysia, Penjara Sungai Buloh, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Penjara Tapah.
Keputusan bagi Kategori Pengurusan dimenangi oleh Pasukan KIK dari Penjara Sungai Buloh (Evolusi Perkasa), tempat ke dua dari Penjara Tapah (PALM PRI) dan ke tiga dari Penjara Wanita Kajang (Kreatif). Manakala bagi Kategori Teknikal pula Pasukan KIK dari Maktab Penjara Malaysia (Momentum) mengungguli bagi kategori tersebut diikuti tempat ke dua dari Penjara Kajang (Suluh 3) dan ke tiga dari Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah (KINTA). Majlis perasmian penutupan konvensyen telah disempurnakan oleh TKPj Narander Singh A/L Chand Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh.
|