Majlis penyerahan dan penerimaan tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan di Dataran Bakti, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 16 Mei 2011. Majlis menandatangani dokumen serah/terima tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dan penyerahan tongkat kuasa di antara PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain dan PKP Husin bin Hj. Johari turut disaksikan oleh En. Mat Hassan bin Mat Esa, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Antara jemputan yang turut hadir adalah Pengarah Parol Negeri Kelantan PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol Negeri Terengganu PP Mohd Shukri bin Harun dan Ketua-ketua Jabatan sekitar Daerah Kota Bharu.
|