Tanggal 14 Mei 2011 lebih kurang jam 10.30 pagi bertempat di hadapan Pejabat Rekod Institusi Penjara Sungai Buloh, telah diadakan satu Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Ibu 2011. Acara dimulakan dengan ketibaan Y.S Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKPj Narander Singh diiringi oleh beberapa orang Pegawai Kanan seterusnya diikuti ketibaan ahli keluarga. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada penghuni dan keluarga untuk bertemu secara bersemuka. Seramai 16 orang penghuni yang terlibat di dalam program ini yang terdiri daripada 14 orang penghuni berbangsa Melayu, 1 penghuni berbangsa Cina dan 1 penghuni berbangsa India. Titisan air mata tanda kerinduan antara ibu dan anak kelihatan pada wajah masing-masing.
|